20151104

#HUJAN10TAHUN

Assalamualaikum, 31 Oktober 2015, dah 3 hari konsert berlalu dan aku still rindu, all the moments. 

Rasanya dah banyak kali aku tulis sejarah asal usul aku minat Hujan macammana, so aku bukanlah 10 tahun tepat minat Hujan, aku start pun 2008 so baru 7 tahun.

Ni nak habaq sikit ni apa yg jadi. Aku mai awal, 10 pagi dah terpacak kt KL Live & 11 malam baru keluaq lihat dunia.

Menang Contest:
Alhamdulillah, aku masuk contest Hotlink dan buat post pasal pengalaman dengan Hujan, & aku menang 1st place. Yeay dapat hadiah powerbank, tiket VIP, monopod hahaha, tapi yg bestnya, aku dpt lunch dengan band members Hujan dan join soundcheck!

1st time weeeeeh makan dengan Hujan, full band! Selalunya kalau time berbuka puasa pun Dimas takda. So, this time, memang best gila, dengan western nya pergh kalau makan luaq ni mau RM20 ni, terima kasih Hotlink!





Lari dari VIP ke ARENA:
HAHAHAHA time ni aku dengan Piah bertumbuk jugaklah dgn org Hotlink. (tipu ja)
Ada ke patut, depa tak kasi kami duduk riot kat bawah katanya nak jaga pemenang contest. Memang aku dgn Piah & lagi dua orang Raingers lari la turun hahaha nasib security guard tak tahan.

Turun bawah pula, jumpa Dr.Faiz from Abstrax Jingga, then ckp la kt dia yg Hotlink tak kasi kami masuk kawasan Arena, Dr cakap, "eh siapa cakap? masuk je! saya benarkan!" then yeaaaaay! Konsert lagi 15 mins kot baru pintu nak bukak, so kami ambil gambar kat Kiosk Hotlink, hahaha

Then pintu dah buka, aku & piah berlari dengan lajunya fuuu terus pergi side AG, mmg depan gate lah cerita dia, front gila weh! BANGGA sebab berjaya ke depan sekali, ada 1400 org kot time tu kat Arena, Hotlink ckp. Yeaaaaaaay! Bestnya tengok idola-idola depan mata :)


Riot 3 jam non-stop: 
SERIOUS AKU TAK BERHENTI SING-ALONG SELAMA 3 JAM TU, kecuali lagu Lepaskan Aku sebabnya aku tak hafal sgt lagu tu. Tak percaya, tanya Noh la, Sampai hilang suara ni ha. Lepastu, kaki aku sakit gila kejang sampai sekarang tak elok lagi :'( Dah lama tak bersukan kan.

Aku enjoy gila dengan show kalini sebab time Melaka haritu, aku dpt tengok bontot crowd ja, depa dok naik tangga bagai haih semaklah, aku dah baya rm20 kot tak dpt nak tengok Hujan. Cilaka betoi.
Tapi maybe semua ada hikmahnya, tengokkkk, aku dapat duduk depan sekali kot time konsert ni :-)

(takjumpa jodoh lagi time lagu Rantai Rasa huwargh!)

Appreciation for Kak Nor: 
Yes! Kak Nor patut dapat itu, sebab dia memang banyak bantu kami, bantu aku, tumpangkan aku pergi konsert time aku tak ada lesen kereta dulu. Dia banyaaaaak sangat tolong. Terima kasih Kak Nor sebab ada.

Tapi akak memang lawak bab takmau naik pentas tu! HAHAHA. Adoi, kelakar!


TIFO Power Raingers:
So seperti yg kita tahu, Kday punya idea nak buat tifo besar untuk konsert tu berjalan lancar alhamdulillah. Time tifo tu dikibarkan pada tepat-tepat solo AG lagu Kembara, air mata aku dah menitis dah tapi control macho sikit. Tiba-tiba aku nampak Noh pun kesat air mata, lagi ah mengalir air mata gua ni haaaaa, last aku nangis time konsert time konsert Avril Lavigne sbb 1st time tengok kakak akau tu live depan mata. Hahaha,

Tifo ni kami mintak sumbangan dari Raingers dalam diam, sebab secret project kan, hehe. So alhamdulillah, dana berjaya dikumpulkan, sooo dah free semua orang, kami (Aku, Kday, Poji, Mawi, Piah) mulakan mengecat.

Tifo ni kami buat kat Sungai Sayong, Johor, gerak pukul 11 pm, esoknya 1am gerak Klang balik sebab ada kerja pukul 6 pagi. Fuhhh. Penat gila Tapi worth it lah kan bila tengok Noh and all band members suka, Tifo ni antara salah satu cara untuk tunjuk kasih sayang kami kepada Hujan. A band yang buat Raingers unite!

Terima kasih kt gang kongsi gelap Raingers sebab simpan rahsia power gila wei, tabik ah!

video




Jumpa raingers:
As we know, konsert Hujan ialah salah satu cara untuk kita berjumpa balik dengan raingers yang lama mahupun baru kenal. So kat situ aku jumpa balik Raingers yang jarang jumpa macam Kak Mya, Lan, Muzz, Bang Deham, Jebat, ramai lagi laaa,

Yang baru kenal, Mel, Aqif, Adila, Fami dan lain-lain lagi, tapi tak lepak sekali rasanya sbb aku pun segan nak lepak dengan korang hahaha, aku ni pemalu weh, tapi insyaAllah next time, kita lepak sama kay?

Also, raingers yang selalu jumpa macam Kak Nor, Kak Farah, Kday Mawi Poji haaa semualah, dulu ada chan gak nak list, sekarang ramai sangat pulak! Hahaha.

Rindu kt korang, rindu nak riot sama :)




Meet & Greet:

Kena beratoq panjang, tapi aku tak beratur awal aku beratur last-last, rasanya 2 jam kot tunggu, dpt lah sign ukulele aku ni haaa. Hehe.





Last but not least,

Konsert haritu, buat aku nangis jugakla! haha *cengeng
RINDU weh, rinduuuu, bayangkan lah, 2 tahun depa hilang,
walaupun aku selalu follow show Nastia sbb ada AG & Izzat, follow Noh, follow Masdo sbb ada Am, but mana sama weh, lain.

Kepada Hujanband, tolonglah jangan hilang lagi. Kami sangat-sangat sayang kat korang. Assalamualaikum, jumpa lagi pada masa terdekat ni :)

"kembara kita masih jauh, berselindung dosa ku tempuh..."

Lots of love,
Nureen Izazi,
Rainger of Hujanband.



*gambar-gambar fav dari abg @ehhafishah  

No comments:

Post a Comment