MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu & Keusahawanan KandunganUITM :PART 2

untuk baca pasal part 1, sila tekan sini :)

----------

Alhamdulillah, sekarang telah pun cuti sem. Habis dah zaman Alfa & Beta ku! Sem depan Gamma pulak. Bestnya baring atas katil hahaha.

Haaaa ramai jugak junior yang whatsapp aku and tweet aku tanya pasal kos MC111. Kepada yang mohon & dah interview, goodluck ya! 

Okay aku nak cakap pasal sem 2 untuk subjeck MC111 pulak sebab aku dah habis sem 2! 

SEM 2 SUSAH TAPI SANGAT BESTTTT DAN ENJOY DAN FUN! tapi lecturer semua cakap senang. Tapi susah-susah pun alhamdulillah kami semua boleh survive.

Sem 2, major subject kita 
-Fundamentals Gaming
-Narrative for Animation & Game
-Graphic Design
-Fundamentals Multimedia
-Photo Communication

Sem 2, kita perlukan
-Adobe Flash, Adobe Illustrator, Adobe InDesign, Adobe Photoshop 
-install FPS (first person shooter)
-Kamera DSLR (bagi yang berkemampuan, tapi seeloknya kena ada sebab ada assignment yg perlukan kamera sepanjang masa, nak pinjam uitm pun boleh tapi leceh sikit)

banyak tak? banyak kan. haaa tapi best tau, macam macam benda baru kita belajar. Ok la jangan risau, saya terang kan satu-satu. 

Fundamentals Gaming

-untuk subject ni, setiap orang mesti install FPS (First Person Shooter) kat laptop masing masing sebab, kita akan buat game! YEAYYYY! 
-subject ni kalau kat kelas paling best, sebab, lecturer suruh kita main game hahaha serious tak tipu! yela kan class game mestilah main game takkan nak buat kek pulak (k hambar)
-buat game best tau, hehehehe (sebenarnya aku tak suka game...) 

by the way siapa nak install FPS boleh whatsapp aku ok 0176684388

-Narrative for Animation & Game

Subject ni, kita akan buat SCRIPT!!! yeayyyy jugak sebab best! tapi saya taktau la apa nasib script final assestment kami :'( 

Pastu ada shortfilm yang kita kena buat, haha baek baek ah time ni! Best! 

Subjek ni dalam class pun best sebab? kita akan tengok 3d animation dalam class! YEAHHH! lecturer akan suruh kita tengok and analysis. Game pun sama, ala-ala kita macam review game tersebut. 

-Graphic Design

okay, graphic design for MC111 pulak, kita akan rebrand sesuatu barang atau produk, siap dengan packaging dia sekali. 

Time ni group saya rebrand chocolate Tudors & Gold, hehe

Kita akan diajar guna Adobe InDesign (my favorite!!!) & Adobe Illustrator

-Fundamentals Multimedia

OK NI PALING BEST LA AKU RASA! 

Kita akan belajar buat satu multimedia system, contohnya website or kiosk menggunakan Adobe Flash.

Kitorang punya projek, kena buat kiosk. 

Best tau buat benda ni, rasa mcm programmer pun ada. Susah memang susah tapi bila kita dapat mencapai apa yang kita mahu chewah! Kita akan rasa teramat bahgiaaaaaaa! 

Jangan risau, lecturer yang mengajar sangat baik & yang penting time labtest jangan mengada nak mintak tolong kawan kalau taknak dapat markah 0 (scary shit) 

-Photo Communication

Okay Photocom pulak, kita akan belajar pasal photography! Kay ni best best best! 

Macam-macam benda kita akan belajar dari lecturer kita, all about photography techniques! Enjoy & fun gila weh! 

-------

ehem ehem, untuk sem 2, paper untuk final exam kami HANYA 3 PAPER! Graphic Design, ELC(english) & CTU(islam) sahaja! 

hahaha boleh balik awal weiiiiii, dak dak lain tengah kalut study lagi lagi mc110 dengan OM. Hahahaha gelak jahat je saya tengok depa semua. 

Ok so, bagi aku, walaupun sem 2 susah, tapi sangat best bagi aku. Serious best & enjoy sebab aku tak pernah imagine yang hidup aku akan best kat universiti time aku kat sekolah, 

yang aku imagine kat sekolah, benda benda yang mengerikan seperti eksperimen sains, dan kiraan mathematics :p
hahaha

So dalam post ni, aku banyak menggunakan ayat 'best' dan 'yeay' kan? sebab hakikatnya sangat best dan aku tak tipu! hehe! 
Doakan aku dapat pointer yang baik kay :') Amin

OK so, goodluck kepada adik adik yang interview for MC111, diploma media baharu dan keusahawanan kandungan also goodluck juga kepada adik-adik 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan UiTM

MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu & Keusahawanan Kandungan UITM :PART 3